Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan SISM40 membabitkan kerjasama MBI dan Telekom Malaysia (TM) selepas menyedari kesulitan dihadapi rakyat negeri ini dalam mendepani cabaran Covid-19. Foto ARKIB SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

200 mohon skim internet M40, hampir separuh dapat manfaat

SHAH ALAM, 17 NOV: Sebanyak 200 permohonan Skim Internet Selangor Kategori M40 (SISM40) diterima Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI sejak Julai.

Daripada jumlah itu, hampir 100 pemohon sudah menerima manfaat manakala baki bakal menikmatinya dalam tempoh terdekat, kata pengurus komunikasi korporatnya.

“Sekarang kita dalam proses menunggu TM (Telekom Malaysia Berhad) pasang port,” kata Julailey Jemadi ketika dihubungi hari ini.

Beliau menambah sebanyak 59 permohonan ditolak berikutan beberapa faktor antaranya disenarai hitam oleh syarikat telco selain mempunyai rangkaian internet di rumah.

SISM40 antara bantuan dalam Pakej Kita Selangor 2.0 yang diumum Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada 9 Jun bagi mengatasi kesulitan penduduk negeri ini ketika pandemik.

Bertujuan membantu golongan menengah, inisiatif itu menawarkan subsidi yuran langganan pakej dari RM10 hingga RM30 sebulan selama setahun dengan kelajuan dari 30 hingga 300 megabit sesaat (Mbps).

 


Pengarang :