Orang ramai melihat peluang kerja semasa Jelajah Selangor Bekerja 2021 di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 23 Oktober 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

239 orang dapat kerja dalam dua siri Jelajah Selangor Bekerja

SHAH ALAM, 1 NOV: Seramai 239 individu diterima bekerja dalam dua siri penganjuran Jelajah Selangor Bekerja di Shah Alam dan Kuala Selangor pada 23 dan 30 Oktober.

Sementara 513 daripada keseluruhan 1,108 peserta layak untuk temu duga kedua, kata EXCO Generasi Muda dan Modal Insan Mohd Khairuddin Othman.

“Sasaran Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kadar pengganguran dari 4.4 peratus tahun ini kepada 3.7 peratus pada 2022,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata seramai 55 majikan menyertai dua siri jelajah berkenaan dan antara syarikat yang mengambil pekerja ialah UMW Toyota dan Proton.

Mohd Khairuddin berkata dua lagi siri Jelajah Selangor Bekerja akan diadakan di Hulu Selangor dan Petaling, masing-masing pada 6 dan 20 November.

Lebih 25,000 peluang pekerjaan ditawarkan menerusi program berkenaan yang dijadual antara 23 Oktober hingga 27 November melibatkan beberapa daerah.

Orang ramai yang berminat boleh mendaftar melalui pautan www.selangorbekerja.com.my.


Pengarang :