Selangorkini
Datuk Bandar Shah Alam Dato’ Zamani Ahmad Mansor mengetuai bacaan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sempena sambutan Hari Integriti MBSA di Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam pada 16 November 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
PBT SELANGOR

700 kakitangan MBSA lafaz Ikrar Bebas Rasuah

SHAH ALAM, 16 NOV: Seramai 700 kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melafazkan Ikrar Bebas Rasuah sempena sambutan Hari Integriti di Wisma MBSA di sini hari ini.

Usaha itu bagi membentuk penjawat awam yang telus tanpa menyalah guna kuasa selain mengelak terlibat jenayah rasuah, kata Datuk Bandar Shah Alam Dato’ Zamani Ahmad Mansor.

“Saya amat menekankan kakitangan agar mengekalkan etika kerja dan integriti yang sepatutnya menjadi amalan setiap individu,” katanya merasmikan program bertemakan Integriti Sentiasa Di Hati.

Turut hadir Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor Dato’ Alias Salim.

Pada majlis sama, MBSA turut melancarkan Buku Pengurusan Risiko Rasuah dan Buku Tatacara Pengurusan Tatatertib bagi memupuk kesedaran kakitangan.

Zamani berkata buku itu salah satu langkah memperkukuh dan memperkasa pentadbiran yang baik sekali gus menutup potensi rasuah dan salah guna kuasa.

“Pelancaran buku ini menjadi titik tolak kepada MBSA mengorak langkah bagi memstikan integriti dilaksana dengan baik dan membendung salah guna kuasa dalam organisasi,” katanya.

Penguat kuasa MBSA mengikuti bacaan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sempena sambutan Hari Integriti MBSA di Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam pada 16 November 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

 


Pengarang :