Selangorkini
Seorang pelajar ditemani ibu bapanya mendapatkan suntikan pelalian pada program Vaksin Selangor (Selvax) Remaja Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama di Dewan Komuniti BU3 pada 6 November 2021. Foto SHEEDA FATHIL / SELANGORKINI
AGENDA NASIONAL

79.3 peratus populasi remaja lengkap dos vaksin

KUALA LUMPUR, 13 NOV: Sebanyak 79.3 peratus atau 2,495,444 individu bagi populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun di negara ini lengkap diberi suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sejumlah 97.7 peratus atau 22,854,725 individu bagi populasi dewasa pula menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin manakala 95.2 peratus atau 22,278,477 individu lengkap divaksinasi.

Dalam pada itu, 114,704 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 33,258 suntikan dos lengkap, 7,388 menerima dos pertama dan 74,058 pula mendapat suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 51,077,813.

Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak pula kini sebanyak 900,201.

-BERNAMA


Pengarang :