Warga Indonesia Imam Taufiq mendapatkan suntikan pelalian dalam program Vaksin Selangor (Selvax) Remaja Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer di Dewan Orang Ramai Kampung Selayang Indah, Selayang pada 14 November 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

82.8 peratus penduduk remaja negara lengkap vaksin Covid-19

KUALA LUMPUR, 25 NOV: Seramai 2,607,392 atau 82.8 peratus daripada populasi remaja di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW, sebanyak 2,762,739 individu atau 87.7 peratus bagi golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa pula seramai 22,442,346 individu atau 95.9 peratus telah lengkap divaksinasi manakala 22,944,240 atau 98 peratus individu dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sebanyak 138,752 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 5,067 dos pertama, 8,428 dos lengkap serta 125,257 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 52,391,444.

– BERNAMA


Pengarang :