ADN Sentosa Dr Gunarah George (lima, kiri) bersama anggota ibu pejabat polis Klang Selatan selepas menyerahkan beg deepavali pada 1 November 2021. Foto Facebook Gunaraj
ADNSELANGOR

Beg berisi kuih, jus hargai petugas hadapan sempena Deepavali

SHAH ALAM, 2 NOV: Wakil rakyat Sentosa menyumbang 150 beg Deepavali kepada 150 petugas barisan hadapan berbangsa India sempena perayaan tersebut Khamis ini.

Beg berisi kuih dan jus bernilai RM50 setiap satu diedar kepada anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, Balai Bomba dan Penyelamat Andalas serta Pejabat Kesihatan Daerah Klang, kata Dr Gunaraj George.

“Sumbangan ini bertujuan menghargai jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan yang sentiasa berjuang memutuskan rantaian Covid-19 tanpa mengira penat lelah.

“Malah, saya difahamkan ada sebahagian mereka tidak berpeluang pulang ke kampung halaman meraikan Deepavali atas tuntutan kerja. Diharap, bantuan ini mampu memberi keceriaan dan semangat kepada mereka,” katanya ketika dihubungi.


Pengarang :