Selangorkini
Bekalan air di kawasan USJ 1 hingga USJ 27 yang terlibat masalah teknikal paip agihan utama Kolam Air Sime UEP di Kampung Kenangan Puchong pulih sepenuhnya pada 21 November 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSI SELANGOR

Bekalan air kawasan USJ 1 hingga USJ 27 pulih sepenuhnya

SHAH ALAM, 21 NOV: Bekalan air di kawasan USJ 1 hingga USJ 27 yang terlibat masalah teknikal paip agihan utama Kolam Air Sime UEP di Kampung Kenangan Puchong pulih sepenuhnya jam 12 tengah hari tadi.

Air Selangor mengucapkan terima kasih kepada pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual berlaku.

Maklumat terkini akan dimaklumkan melalui semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Facebook, Twitter, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com.

Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 atau Help Centre di aplikasi Air Selangor.

Semalam, bekalan air kawasan USJ 1 hingga USJ 27 di Petaling terjejas berikutan insiden penurunan paras air di Kolam Air Sime UEP di Kampung Kenangan Puchong.

Air Selangor dalam kenyataan memaklumkan insiden berlaku berikutan masalah teknikal atau ‘air lock’ pada paip agihan utama yang menyalurkan air ke kolam berkenaan.


Pengarang :