Pelaksanaan gaji minimum mulai 1 Mei ini akan membabitkan syarikat-syarikat besar dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) terlebih dahulu. Foto ARKIB SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Belanjawan 2022: Beri tumpuan bimbing lepasan sekolah bina kerjaya

SHAH ALAM, 12 NOV: Kerajaan Negeri diharap dapat memberi tumpuan kepada golongan remaja khususnya lepasan sekolah menjelang Belanjawan Selangor 2022 nanti.

Ketua Sekretariat Team Selangor berkata selain aspek pendidikan golongan berkenaan perlu dibimbing bagi menghadapi alam dewasa khususnya dalam menjana pendapatan.

“Akan datang nanti kita tidak boleh berharap kepada peluang pekerjaan, perlu cari kaedah untuk membolehkan mereka menjana pendapatan sendiri.

“Mungkin apa-apa program yang belum pernah ada atau peluang perniagaan yang baharu boleh diberi kepada golongan ini,” kata Syahaizel Keman ketika dihubungi SelangorKini.

Belanjawan #Selangor2022 dijadual dibentangkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada 26 November ini.

Pembentangan itu boleh diikuti secara langsung menerusi media sosial https://www.facebook.com/MediaSelangor


Pengarang :