Dato’ Seri Amirudin Shari membentangkan Belanjawan Selangor 2021 di Dewan Negeri Selangor pada 30 Oktober 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Belanjawan #Selangor 2022 fokus pendidikan, pulih ekonomi pasca pandemik

SHAH ALAM, 19 NOV: Sektor pendidikan yang terjejas akibat pandemik Covid-19 turut menjadi fokus utama Kerajaan Negeri dalam merangka Belanjawan #Selangor 2022, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata walaupun tidak memiliki kuasa penuh terhadap bidang itu namun tetap perlu ditekankan kerana melibatkan generasi masa depan.

“Covid-19 beri kesan ketara terhadap pendidikan dan ianya harus dilihat (diberi tumpuan),” katanya dalam wawancara eksklusif kelmarin.

Belanjawan #Selangor2022 dijadual dibentang di Dewan Negeri Selangor pada Jumaat depan bakal menumpukan kepada usaha merancakkan semula sektor ekonomi bagi membantu rakyat pasca wabak Covid-19.

Amirudin berkata beberapa langkah mempercepat proses pemulihan sektor itu digerakkan bagi mengembalikan semula kehilangan hasil pada 2020 dan tahun ini.

‘Kita akan sediakan formula dan resipi untuk menggerakkan ekonomi dan lebih pantas supaya kehilangan pada 2020 dan tahun ini dapat ditangani dengan baik,” katanya.

Selain itu, beliau juga akan mengumumkan beberapa strategi untuk mempersiap pentadbiran Kerajaan Negeri supaya lebih bersedia berdepan pandemik dan krisis ekonomi pada masa depan

Pembentangan dibuat Amirudin itu boleh diikuti secara langsung melalui saluran SelangorTV (selangortv.my) dan menerusi media sosial https://www.facebook.com/MediaSelangor

Liputan berita majlis penting itu yang bermula jam 3 petang boleh diikuti melalui portal Selangorkini (selangorkini.my) dan tiga edisi lain, termasuk Mandarin (selangorkini.my/zh-hans/) serta Tamil (selangorkini.my/ta/).


Pengarang :