Sebahagian warga Sekolah Kebangsaan Sri Serdang yang terperangkap dalam banjir kilat menunggu bantuan bomba. Foto Bomba Selangor
SELANGOR

Bomba selamatkan 32 guru, murid terperangkap banjir kilat

SHAH ALAM, 1 NOV: Jabatan Bomba dan Penyelamat menyelamatkan 32 guru dan murid Sekolah Kebangsaan Sri Serdang dekat Seri Kembangan yang terperangkap dalam banjir kilat berikutan hujan lebat petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata mangsa yang terperangkap terdiri daripada 18 guru iaitu 13 wanita dan lima lelaki manakala murid seramai 14 orang yang terdiri daripada 11 lelaki dan tiga perempuan.

“Guru dan murid berada dalam keadaan selamat. Kesemua murid Tahun 1 dan Tahun 2 itu kini berjaya dikeluarkan jam 9.35 malam menggunakan lori (dan pacuan empat roda) serta diserahkan kepada ibu bapa masing-masing manakala guru diselamatkan kurang setengah jam kemudian,” katanya.

Beliau berkata, paras banjir di sekolah terbabit mulai surut dan kesemua mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dari lokasi kejadian kira-kira pukul 10 malam tadi.

Keadaan banjir di Sekolah Kebangsaan Sri Serdang pada 1 November 2021. Foto Bomba Selangor

Pengarang :