Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/Pematuhan) Malaysia, Datuk Abdul Wahabi Abdullah (empat kanan) menunjukkan minuman keras yang dirampas pada sidang media mengenai kejayaan anggota Kastam merampas minuman keras tanpa cukai bernilai lebih RM21 juta, di Wisma Kastam Pulau Indah, Selangor hari ini. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Cubaan seludup minuman keras lebih RM20 juta gagal

SHAH ALAM, 13 NOV: Cubaan menyeludup minuman keras dianggarkan lebih RM20 juta termasuk duti di Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Barat (PKFZ) gagal, kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/Pematuhan) Malaysia, Datuk Abdul Wahabi Abdullah berkata minuman sebanyak 627,510 liter itu dirampas dalam tiga serbuan iaitu pada 21 dan 27 September serta 8 November, lapor Berita Harian.

“Serbuan pertama pada 21 September rampas minuman bernilai 18.54 juta, rempasan kedua pada 27 Septermber melibatkan RM2.11 juta dan terakhir pada Isnin lalu berjumlah RM1.6 juta.

“Seorang lelaki tempatan berusia 40-an turut ditahan bagi membantu siasatan,” katanya pada sidang media di Wisma JKDM Pulau Indah, hari ini.

Abdul Wahabi berkata kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967, Akta Eksais 1976 Akta Zon Bebas 1990.


Pengarang :