Orang awam mengunjungi kedai alat tulis dan buku selepas kerajaan membenarkan semula operasinya dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika tinjauan di Pustaka Rawang, Taman Melawati pada 4 September 2021. Foto BERNAMA
AGENSISELANGOR

Diskaun RM10 buat 500 pembeli buku terawal seluruh negeri

SHAH ALAM, 2 NOV: Lima ratus pembeli terawal di kedai buku terpilih sekitar Selangor boleh mendapatkan diskaun RM10 melalui Baucar Buku Semarak Membaca sehingga 15 November.

Inisiatif bawah program Semarak Seni Budaya khusus buat pembelian buku terbitan tempatan bernilai sekurang-kurangnya RM20, maklum Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor di Facebook.

Berikut kedai buku tersenarai:

1) Pustaka Rakyat (M) Sdn. Bhd. (Ampang)
2) Galeri Buku Jejak Tarbiah (Bangi Gateway)
3) Pustaka Rakyat (Bangi) Sdn. Bhd. (Bandar Baru Bangi)
4) Pustaka Rakyat (Gombak) Sdn. Bhd.
5) Pustaka Seri Maju, Prima Sri Gombak (Gombak)
6) Anaasa Publication (Kajang)
7) Pustaka Shiny Jaya (Klang)
8) Ma-Tu Buku Sdn. Bhd. (Dataran Sunway)
9) Pelita Dhihin Bookstore (Petaling Jaya)
10) GerakBudaya Bookstores (Petaling Jaya)
11) Dakwah Corner Bookstore (Petaling Jaya)
12) SBL Books Sdn. Bhd. (Petaling Jaya)
13) Pustaka Seri Maju (Petaling Jaya)
14) University Bookstore (M) Sdn. Bhd. (Petaling Jaya)
15) Kedai Buku Maju Edar Sdn. Bhd. (Sabak Bernam)
16) Kedai Buku Maju Edar Sdn. Bhd. (Sungai Besar)
17) Pustaka Rawang (Bandar Baru Rawang)

Untuk alamat penuh kedai buku berkenaan, orang ramai boleh merujuk laman web
https://semarakmembaca.com/senarai-kedai-buku/


Pengarang :