Selangorkini
DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj perkenan mengurniakan darjah kebesaran kepada Hakim Makamah Tinggi Syariah, Yang Arif, Zulkifli Yasoa di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang pada 29 November 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDA NASIONAL

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dahului senarai penerima darjah bintang Sultan Selangor

KLANG, 29 NOV: Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Zulfikri Yasoa’ mendahului senarai penerima darjah dan bintang kebesaran Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor sempena Ulang Tahun Keputeraan Yang ke-75 di Istana Alam Shah, hari ini.

Dalam istiadat berkenan, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.I.S) kepada Zulfikri dan Pegawai Memerintah Batalion Ke-25, Rejimen Askar Melayu Diraja, Leftenan Kolenal Ahmad Nirman Fariz Zakaria serta 26 individu lain.

Baginda juga berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S) kepada 39 individu termasuk Pengurus Selangor Fruit Valley, Md Saad Mahsah serta dua Guru Cemerlang, Nurul Yakin Supeni dan Rusilawati Mohd Salleh.

Selain itu, 39 individu menerima Darjah Kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S) dan 10 penerima dikurniakan Bintang Perkhidmatan Cemerlang (B.P.C).

Berangkat sama ke istiadat itu, Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Sabtu lepas, Sultan Sharafuddin berkenan mengurniakan darjah dan bintang kebesaran kepada 57 orang penerima dalam suasana ketertiban istiadat mengikut pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) bagi pencegahan wabak Covid-19.


Pengarang :