Tinjauan harga petrol di pam minyak sekitar Kuala Lumpur pada 10 Oktober 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Harga petrol, diesel kekal hingga 24 November

KUALA LUMPUR, 17 NOV: Harga runcit petrol bagi RON 95 dan RON97 masing-masing kekal RM2.05 dan RM3.08 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 November.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel juga kekal RM2.15 seliter untuk tempoh sama.

“Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, langkah berkenaan bertujuan melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.

Kerajaan akan sentiasa memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

-BERNAMA


Pengarang :