Tinjauan harga petrol di pam minyak sekitar Kuala Lumpur pada 10 Oktober 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Harga RON97 naik dua sen, RON95 dan diesel kekal

KUALA LUMPUR, 10 NOV: Harga runcit petrol RON97 naik dua sen seliter kepada RM3.08 seliter bagi tempoh 11 hingga 17 Nov, demikian menurut Kementerian Kewangan (MOF) hari ini.

MOF dalam kenyataan memaklumkan harga runcit petrol RON95 pula kekal pada paras RM2.05 seliter, manakala harga runcit diesel kekal RM2.15 seliter dalam tempoh sama.

“Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling ditetapkan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, langkah berkenaan bertujuan melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.

Kenyataan itu memaklumkan kerajaan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

– BERNAMA


Pengarang :