Wakil I-Seed menyerahkan mesin jahit kepada usahawan yang menyertai program itu di Sabak Bernam pada 2 November 2021. Foto ihsan V Ganabatirau
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

I-Seed: Pengusaha kedai bunga, bakeri dapat alatan niaga

SHAH ALAM, 6 NOV: Lima usahawan di Sabak Bernam yang menyertai program Indian Selangor Empowerment and Entrepreneurs Development (I-Seed) menerima alatan niaga Selasa lalu.

Bantuan berjumlah RM20,800 diserahkan kepada pengusaha kedai bunga, kedai runcit, kedai bakeri, kedai jahit dan kedai makanan, kata EXCO pembangunan sosio ekonomi.

V Ganabatirau menjelaskan serahan fasa satu meliputi chiller dua pintu, ketuhar elektrik, mesin penguli, mesin jahit sulaman, meja roti canai dan dapur gas.

“Unit I-Seed berjaya melalui rintangan dan menepati janji untuk menyerahkan bantuan kepada pemohon meskipun negara dilanda Covid-19.

“Diharap bantuan ini memanfaatan penerima sekali gus mengurangkan kos perniagaan memandangkan ada yang terpaksa menyewa peralatan sebelum ini,” katanya ketika dihubungi.

Sebanyak 250 permohonan untuk menyertai program I-Seed diluluskan setakat ini dengan kos RM1 juta,
yang disalur terus kepada penerima tanpa orang tengah atau lantikan syarikat.

Permohonan boleh dibuat menerusi ketua komuniti atau ketua kampung. Mesyuarat bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) akan menilai dan meluluskan pemohon yang layak.

 


Pengarang :