Petugas kesihatan melakukan simulasi semula pengambilan suntikan dos vaksin Sinovac yang telah digunakan bagi rakaman ilustrasi di Seremban pada 14 Julai 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Jangkitan harian Covid-19 turun kepada 5,501 kes

SHAH ALAM, 26 NOV: Kes baharu Covid-19 di seluruh negara hari ini dilaporkan sebanyak 5,501, menurut ketua pengarah kesihatan.

Angka tersebut menunjukkan penurunan berbanding semalam iaitu 6,144 kes.

Maklumat dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebook itu menjadikan jumlah kumulatif meningkatkan kepada 2,614,480.

Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow: https://covidnow.moh.gov.my

 


Pengarang :