Petugas kesihatan Selcare mengambil sampel calitan menggunakan kit ujian pantas antigen (RTK-Ag) ke atas peserta Saringan Komuniti di Dewan Masyarakat Bandar Kinrara 2, Puchong pada 22 Mei 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kes harian Covid-19 kembali lepasi paras 5,000

SHAH ALAM, 2 NOV: Jangkitan harian Covid-19 kembali melepasi paras 5,000 dengan mencatat 5,071 kes hari ini.

Angka dikongsi ketua pengarah kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebook itu meningkat beberapa ratus berbanding 4,626 kes semalam.

Jumlah itu menjadikan keseluruhan kes sejak pandemik bermula di negara ini sebanyak 2,481,339 kes.


Pengarang :