Pasukan pengurusan jenazah Covid-19 lengkap mengenakan sut perlindungan diri (PPE) membawa jenazah pesakit Covid-19 untuk urusan pengebumian ketika tinjauan di Hospital Nucleus Labuan pada 7 Jun 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

KKM: 78 kes kematian akibat Covid-19, Kedah tertinggi

SHAH ALAM, 10 NOV: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 78 kes kematian akibat Covid-19, setakat tengah malam tadi.

Menurut data KKM di laman sesawang COVIDNOW, daripada jumlah itu, 19 kematian dilaporkan berlaku di luar hospital (BID), lapor Berita Harian.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 29,427 kes daripada 2,511,691 kes positif di negara ini.

Kedah mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu 19 kes, diikuti Sarawak (13), Selangor (12), Kelantan dan Sabah (masing-masing lapan), Perak (tujuh), Johor (lima), Melaka dan Terengganu (masing-masing dua kes) serta Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur (masing-masing satu).

Tiada kematian baru dilaporkan di Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 61,803 kes aktif Covid-19 dilaporkan, termasuk 542 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 268 memerlukan alat bantuan pernafasan. Sebanyak 5,311 kes sembuh turut dilaporkan.


Pengarang :