Petugas kesihatan memberi suntikan vaksin kepada seorang warga emas ketika program Vaksin Selangor (Selvax) Komuniti DUN Jeram di Dewan MDKS, Bandar Baru, Kuala Selangor pada 3 Ogos 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Lebih 350,000 individu terima dos penggalak setakat semalam

SHAH ALAM, 2 NOV: Sebanyak 351,114 individu menerima dos penggalak setakat semalam, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kementerian berkata keutamaan vaksin berkenaan dikhususkan kepada petugas barisan hadapan (kesihatan dan keselamatan) serta warga emas.

“Untuk warga emas, tarikh temu janji diberikan melalui MySejahtera atau panggilan telefon atau SMS (sistem pesanan ringkas).

“Penerima yang layak akan menerima dos penggalak di hospital atau klinik swasta yang dilantik KKM melalui Protecth Health Corporation,” katanya menerusi Facebook.

Pada 21 Oktober, KKM memaklumkan akan menggunakan vaksin Pfizer-BioNTech sebagai dos penggalak bagi individu yang sudah mendapat dos lengkap vaksin Sinovac, sekurang-kurangnya tiga bulan yang lalu.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata berkata kaedah heterologi itu diperakui Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi meningkatkan sistem imun badan.


Pengarang :