Selangorkini
Kumpulan pemuzik cempuling Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda, Seksyen 25 menghiburkan pengunjung sempena program Lepak Seni Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di kedai kopi Tasik Shah Alam pada 28 November 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Lepak Seni MBSA jadi acara bulanan setiap Ahad akhir bulan

SHAH ALAM, 28 NOV: Program Lepak Seni @ Kedai Kopi anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bakal dijadikan acara bulanan pada setiap hari Ahad minggu keempat.

Penyelaras program berkata program itu diadakan bermula jam 4.45 petang hingga 6.45 petang di kawasan Kedai Kopi 1, Taman Tasik Shah Alam.

Penyelaras Program Lepak Seni MBSA Mohamad Shahrul Mohamad

Mohamad Shahrul Mohamad berkata acara itu bertujuan menyemarak aktiviti seni budaya dan menghiburkan pengunjung sekitar tasik berkenaan.

“Program ini juga bagi memberi peluang kepada pelajar sekolah untuk tampil membuat persembahan depan khalayak sekali gus memberi keyakinan kepada mereka.

“Insya-Allah setakat ini kita rancang untuk anjurkan aktiviti ini setiap bulan di samping hiburkan pengunjung Taman Tasik Shah Alam,” katanya.

Badut menceriakan kanak-kanak yang mengunjungi program Lepak Seni Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di kedai kopi Tasik Shah Alam pada 28 November 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Terdahulu, program diserikan dengan persembahan tarian tradisional daripada kumpulan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri (Padat) selain pemuzik jalanan oleh Trio Jaybonz dan kumpulan Angklung dari Sekolah Kebangsaan Taman Seri Muda.

Turut diadakan aktiviti mewarna bagi kanak-kanak berumur empat tahun sehingga 12 tahun, perpustakaan bergerak MBSA dan aktiviti kraf penanda buku.


Pengarang :