Pasukan MBSJ FC meraikan kemenangan selepas menewaskan SA United FC, 0-6 dalam saingan kumpulan B Liga Super Wanita FAS pada 29 November 2021. Foto ihsan Persatuan Bola Sepak Selangor
AGENDASUKANKINI

Liga Super Wanita: MBSJ FC berpesta gol belasah SA United

SHAH ALAM, 30 NOV: Pasukan bola sepak MBSJ FC menang besar selepas menewaskan SA United FC, 0-6 dalam saingan kumpulan B Liga Super Wanita FAS.

Liga itu yang membuka tirainya semalam di Radia Arena Bukit Jelutong turut menyaksikan Leopard FC, juga dalam kumpulan B menewaskan Rhym Rovers, 4-0.

FC SWAT yang berada dalam saingan kumpulan A terpaksa berkongsi mata 3-3 bersama The Footsouls selepas pasukan itu meledak gol pada minit terakhir perlawanan.

UiTM FC yang juga dalam kumpulan A pula menewaskan First 11 FC dengan jaringan 0-3.

Dalam cabutan undian, FC Swat, UiTM FC, First 11 FC, The Footsouls dan Radia Ladies berada dalam kumpulan A manakala kumpulan B – Leopard FC, MBSJ FC, SA United, Ryhm Rovers dan NSWFC.

Empat pasukan teratas dalam setiap kumpulan layak ke pusingan kalah mati dan perlawanan akhir bakal berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Subang Jaya pada hujung Januari.

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan merasmikan liga terbabit di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, Petaling Jaya pada 20 November.


Pengarang :