Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyerahkan cek cura kepada wakil masjid di Gombak dan Ampang yang menerima sumbangan bagi pembelian van jenazah pada 16 November 2021. Foto Facebook Mais
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

LZS sumbang RM200,000 bantu empat masjid beli van jenazah

SHAH ALAM, 23 NOV: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyumbang sejumlah RM200,000 kepada empat masjid di Gombak dan Ampang bagi pembelian van jenazah minggu lalu.

Masjid yang terima sumbangan ialah Masjid Al Firdaus, Bandar Baru Selayang; Masjid Jamiatus Solahiah dan Masjid Al-Sharif Simpang Tiga, Batu Caves serta Masjid Al Hidayah, Taman Melawati dekat Ampang.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS Saipolyazan M Yusop berkata sumbangan bernilai RM50,000 setiap masjid itu sebagai bantuan tambahan bagi mencukupkan kos belanja pembelian kenderaan tersebut.

“Langkah ini membantu pengurusan masjid menguruskan jenazah penduduk dengan lebih mudah. Semoga sumbangan ini memberi manfaat besar kepada semua,” kata kepada SelangorKini hari ini.

Menurutnya, simbolik penyerahan sumbangan berkenaan disempurnakan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.


Pengarang :