Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Majlis Perhimpunan Penjawat Awam di Auditorium Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 8 November 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB ajak orang ramai ikuti Belanjawan #Selangor2022 Jumaat ini

SHAH ALAM, 23 NOV: Dato’ Menteri Besar mengajak penduduk negeri ini menyaksikan pembentangan Belanjawan #Selangor2022 yang berbaki tiga hari lagi.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pembentangan itu boleh ditonton secara langsung menerusi Facebook rasmi Amirudin Shari dan Media Selangor pada jam 3 petang.

“Bersama ikuti rancangan serta inisiatif Kerajaan Negeri untuk merangsang semula dan memulihkan kembali keadaan ekonomi rakyat negeri ini menerusi Belanjawan Negeri tahun hadapan,” tulisnya di Twitter.

Selain dua carian itu, Belanjawan #Selangor2022 yang akan dibentang di Dewan Negeri Selangor juga boleh diikuti melalui SelangorTV (selangortv.my)

Liputan berita majlis penting itu pula boleh diikuti melalui portal Selangorkini (selangorkini.my) dan tiga edisi lain termasuk Mandarin (selangorkini.my/zh-hans/) serta Tamil (selangorkini.my/ta/).

Edisi Inggeris boleh dicapai melalui pautan http://selangorjournal.my

Sebelum ini, Amirudin memaklumkan belanjawan bakal menumpukan kepada usaha merancakkan semula ekonomi bagi membantu rakyat pasca wabak.


Pengarang :