Kontraktor melakukan kerja pembersihan pada program tanggungjawab sosial korporat anjuran KDEBWM di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1, Petaling Jaya pada 3 Februari 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

MB: iClean Selangor mudahkan rakyat peroleh khidmat buang sampah

SHAH ALAM, 18 NOV: Aplikasi iClean Selangor disediakan bagi memudahkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan pembuangan sisa pepejal secara dalam talian.

Dato’ Menteri Besar berkata ia adalah insiatif Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah pembuangan secara pukal serta aduan mengenai sampah di Selangor.

“Aplikasi ini merupakan agenda pendigitalan dibangunkan untuk penduduk mengemukakan aduan pembersihan di kawasan mereka.

“Menerusinya, kini warga Selangor boleh memohon perkhidmatan pembuangan sampah pukal secara percuma di hujung jari termasuk juga aduan,” katanya Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Twitter hari ini.

Beliau berkata usaha itu diharap dapat memberikan kepuasan di samping meningkatkan kualiti kesejahteraan masyarakat.

Anak syarikat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, KDEB Waste Management (KDEBWM) berjaya mengurus sisa domestik dan pembersihan awam di negeri ini dengan lebih baik hasil pengenalan iClean Selangor sejak Julai 2016.

Aplikasi berkenaan boleh dimuat turun di Google Play dan App Store, selain pengguna boleh menghubungi khidmat pelanggan di talian 1-800-88-2824/019-375 9592 atau WhatsApp menerusi 019-2742824.


Pengarang :