Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari melihat barangan perayaan ketika lawatan persiapan sambutan Deepavali di Little India, Klang pada 2 November 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB, isteri tinjau persiapan Deepavali di Little India Klang

KLANG, 2 NOV: Dato’ Menteri Besar meluangkan masa kira-kira satu jam meninjau persiapan Deepavali di Little India di Jalan Tengku Kelana di sini hari ini.

Hadir ditemani isteri Datin Seri Masdiana Muhammad, Dato’ Seri Amirudin Shari yang tiba sekitar jam 12.30 tengah hari melawat beberapa kedai di lokasi menjadi tumpuan penganut Hindu membeli-belah.

Antara kedai dikunjungi Ajuntha Textile, Little India Jewellery, Muthu Pullay Enterprise, Bollywood Fashion Jewellery, Kavitha Earing Collection dan kedai makan Archana Curry House.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Saari (tiga,kanan), bersama Isteri Datin Masdian Muhamad (dua, kanan) melihat kain sari ketika lawatan persiapan sambutan Deepavali di Little India, Klang pada 2 November 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Saya gembira melihat Little India di sini kembali meriah dengan kehadiran orang ramai terutama kaum India yang membuat persiapan Deepavali.

“Malah, berdasarkan maklum balas peniaga, mereka teruja kerana berpeluang meneruskan perniagaan selepas dua tahun tidak dapat berbuat demikian akibat pandemik Covid-19,” katanya ketika ditemui.

Amirudin turut beramah mesra dan mengagihkan angpau kepada orang ramai yang mengunjungi premis di situ.

Hadir sama EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Mohd Zawawi Ahmad Mughni; Ahli Parlimen Klang Charles Santiago; Ahli Dewan Negeri (ADN) Sentosa Dr Gunaraj George serta ADN Pandamaran Tony Leong Tuck Chee.


Pengarang :