Dato’ Menteri Besar, Dato’ Amirudin Shari, bercakap kepada media ketika sidang media selepas Majlis perasmian sambutan Hari Hutan Antarabangsa di Taman Tasik Millenium Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor pada 11 November 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

MB: Jajaran ECRL diputus sebelum tahun depan

KUALA KUBU BHARU, 11 NOV: Keputusan jajaran Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Selangor diputuskan hujung tahun ini, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata ketika ini pihaknya menjalankan proses terakhir sebelum mengadakan perbincangan bersama kerajaan persekutuan.

“Macam semua sedia maklum kita (Kerajaan Negeri) memilih jajaran selatan dan persekutuan tetap mahu laluan utara.

“Kita kena buat keputusan. Janji saya pada perdana menteri untuk buat keputusan sebelum hujung tahun,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Selangor di Taman Tasik Millenium, dekat sini.

Majlis julung kali itu turut mengisytihar Kuala Kubu Bharu sebagai wilayah tulang belakang hutan tengah (CFS) bertujuan memelihara dan memulihara biodiversiti hutan negara.

Pada Oktober Amirudin menegaskan Selangor kekal dengan pendirian memilih jajaran selatan bagi projek ECRL yang melibatkan Hulu Langat, Sepang dan Pelabuhan Barat.

 


Pengarang :