Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menikmati minum petang bersama peneroka Felda Bukit Senggeh, Jasin, ketika mengadakan lawatan ke Melaka bagi melihat persiapan calon Pakatan Harapan (HARAPAN) yang bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) pada 12 November 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

MB santuni peneroka Felda Bukit Senggeh, dengar perkembangan setempat

JASIN, 12 NOV: Dato’ Menteri Besar meluangkan masa menyantuni peneroka Felda Bukit Senggeh di sebuah warung yang terkenal dengan hidangan ikan bakar dekat sini petang ini.

Dalam pertemuan selama 30 minit itu Dato’ Seri Amirudin Shari dilihat beramah mesra dan mendengar perkembangan setempat daripada lapan peneroka generasi pertama felda terbabit.

Sambil bertukar pandangan, Amirudin turut menikmati juadah disajikan antaranya ikan bakar, mi basah, roti john dan sate.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan calon Pakatan Harapan (HARAPAN) DUN Asahan Datuk Seri Idris Haron menikmati minum petang di sebuah warung di Felda Bukit Senggeh, Jasin, Melaka pada 12 November 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Selain ikan bakar, warung beroperasi sejak 15 tahun lalu itu popular dengan menu mi basah dan nasi goreng yang dihasilkan daripada resipi turun-temurun.

Terdahulu, ketibaan Amirudin pada jam 5 petang di Warung Pak Berahim disambut EXCO Generasi Muda merangkap Ketua Operasi pilihan raya negeri (PRN) Melaka Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan Mohd Khairuddin Othman.

Hadir sama, calon Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi kerusi DUN Asahan Datuk Seri Idris Haron yang bakal berdepan lima pencabar dalam pertarungan enam penjuru pada PRN dijadual 20 November ini.

Lawatan ke warung berkenaan antara pengisian aktiviti Amirudin sepanjang sehari lawatan ke negeri bersejarah itu bagi melihat persiapan calon HARAPAN yang bertanding pada pilihan raya tersebut.


Pengarang :