Kakitangan Media Selangor Sdn Bhd (MSSB) di gerai pameran sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2021 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 18 November 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Media Selangor julung kali sertai sidang niaga, curi tumpuan umum

KUALA LUMPUR, 18 NOV: Syarikat Media Selangor Sdn Bhd (Media Selangor) berjaya mencuri tumpuan peserta Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2021 meskipun ini merupakan penampilan pertama.

Pegawai Pemasaran dan Pengiklanannya Syahir Khadri berkata gerai pameran Media Selangor tidak putus menerima kehadiran pengunjung yang berminat mendapatkan maklumat mengenai produk yang ditawarkan.

“Penyertaan dalam pameran di sidang kemuncak ini bertujuan untuk mempromosi kepada masyarakat bahawa kita adalah media di bawah Kerajaan Negeri.

“Alhamdulillah, perjalanan hari pertama memuaskan dan ramai datang bertanya mengenai syarikat Media Selangor termasuk pengiklanan yang ditawarkan,” katanya.

Syahir turut mengalu-alukan kehadiran orang ramai ke gerai pameran yang terletak di dewan satu gerai nombor 1054 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang berlangsung sehingga Ahad ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Media Selangor boleh melayari laman sesawang Media Selangor, atau hubungi talian 03-5523 4856.

Syarikat atau perusahaan yang berminat untuk memasarkan produk mereka boleh e-mel kepada
[email protected] (Pemasaran) atau [email protected] (Pengiklanan).

SIBS 2021 yang membuka tirai hari ini sehingga Ahad diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai acara pameran terbesar di negara ini berdasarkan keluasan ruang pameran 13,000 meter persegi dan hampir 500 gerai pempamer.


Pengarang :