Guru menyambut kedatangan pelajar yang hadir pada sesi persekolahan secara penggiliran bagi kawasan Putrajaya semasa tinjauan di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2) pada 1 November 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Menteri: Purata murid ke sekolah lebih 85 peratus sejak 3 Oktober

SHAH ALAM, 30 NOV: Purata trend kehadiran murid ke sekolah melebihi 85 peratus antara 3 Oktober hingga semalam, kata menteri kanan pendidikan.

Datuk Dr Radzi Jidin berkata peratusan itu direkodkan di 10,060 sekolah seluruh negara membabitkan lebih 4.38 juta murid, lapor Berita Harian.

“Trend kehadiran ini menunjukkan pembukaan sekolah secara umumnya diterima baik ibu bapa dan murid.

“Pembukaan semula sekolah secara bersemuka ini juga membolehkan guru mengenal pasti tahap penguasaan murid dan melaksanakan intervensi yang bersesuaian,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan wakil rakyat Kuala Krai Abdul Latiff Abdul Rahman berhubung perkembangan terkini operasi sekolah di seluruh negara sejak 3 Oktober.

Sesi pembelajaran bersemuka dibuat secara berperingkat mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN), bermula dengan pelajar yang akan menduduki peperiksaan.


Pengarang :