Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang, Najmuddin Jemain (tengah) menyampaikan hadiah kepada pemenang ketika majlis Penyampaian Hadiah Kempen Bayar & Menang Cukai Taksiran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di Dewan Seri Cempaka, Kajang pada 1 November 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

MPKj henti hantar cukai taksiran fizikal susulan kenaikan caj pos

KAJANG, 1 NOV: Kaedah penghantaran cukai taksiran secara fizikal kepada penduduk di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dihentikan susulan kenaikan caj pengeposan.

Yang Dipertua Najmuddin Jemain berkata caj terbabit meningkat daripada 30 sen kepada RM1.30, menyebabkan tiada pengeposan bil cukai taksiran kepada pemilik sejak 1 Januari lalu.

“Oleh demikian, mereka yang hendak mendapatkan bil secara fizikal boleh datang ke kiosk disediakan  MPKj.

“Penduduk boleh membuat semakan dan bayaran menerusi laman web rasmi MPKj melalui perkhidmatan e-Taksiran,”katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah Kempen Bayar dan Menang Cukai Taksiran MPKj 2021 di Dewan Seri Cempaka Saujana Impian di sini hari ini.

Tambah Najmuddin, orang ramai juga boleh membuat bayaran di kaunter cawangan hasil MPKj di Kompleks Hentian Kajang, kaunter pandu lalu Menara MPKj atau e-Bayar (www.mpkj.gov.my).

Orang ramai juga boleh melayari laman web http://ebayar.mpkh.gov.myebayar untuk mendapatkan maklumat lanjut.


Pengarang :