EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim menjawab soalan di Dewan Negeri Selangor pada 30 November 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Naik taraf sistem parit atasi banjir kilat di Kapar Indah

SHAH ALAM, 30 NOV: Kerja naik taraf sistem perparitan di Taman Sungai Kapar Indah, Klang bakal menyelesaikan masalah banjir kilat di kawasan terbabit.

EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim berkata Majlis Perbandaran Klang turut melantik perunding bagi mengkaji projek berkenaan yang dijadual Januari depan.

“Kerja naik taraf sementara di sebahagian kawasan berkenaan sedang giat dilaksanakan,” katanya dalam sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Beliau menjawab soalan wakil rakyat Meru Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berhubung langkah Kerajaan Negeri mengatasi banjir kilat di kawasan berkenaan.

Ir Izham memaklumkan perunding dilantik juga akan menyiasat punca kejadian selain membuat pemetaan.

“Pihak berkenaan perlu menganalisis sistem saliran sedia ada dan menyediakan pelan mitigasi menerusi projek yang dilaksanakan,” katanya.


Pengarang :