Seramai 56 anak yatim dari rumah kebajikan terpilih sekitar Lembah Klang bergambar pada pameran kereta mewah sempena SACC Charity Drive di Shah Alam pada 13 November 2021. Foto ihsan PREC
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Pameran kereta mewah di SACC kumpul RM11,000 bantu anak yatim

SHAH ALAM, 15 NOV: Pameran kereta mewah di parkir SACC Mall sejak tiga minggu lalu berjaya mengumpul RM11,000 untuk disumbangkan kepada rumah anak yatim sekitar Lembah Klang.

Pusat kebajikan itu meliputi Rumah Penyayang Ulin Nuha dan Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Al-Mahabbah di Klang serta Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras, Sungai Buloh.

Ketua pegawai eksekutif PKNS Real Estate berkata program SACC Charity Drive turut memberi peluang kepada orang ramai untuk bergambar dan menaiki kereta berkenaan dengan membeli tiket.

“Kami akan berusaha menjadikan aktiviti ini tanggungjawab sosial korporat yang berterusan,” kata Fakru Radzi Ab Ghani dalam kenyataan baru-baru ini.

Antara kereta mewah terlibat ialah Mustang, BMWi8, Nissan GTR, Porsche Boxster, Lamborghini Huracan, Lamborghini Aventador dan Mercedes E63 yang berkumpul setiap Ahad.

Sumbangan diserahkan semalam kepada rumah kebajikan terpilih dengan disaksikan 56 anak yatim.

 


Pengarang :