Tangkap layar kamera papan pemuka kereta berhubung insiden kanvas ‘terbang’ di Kilometer 33.5 Jalan Puchong berhampiran susur menghala Kajang, dekat Sepang pada 3 November 2021. Foto Facebook funtasticko.net
AGENDANASIONAL

Pantau lebih kerap SOP subkontraktor, elak insiden kanvas ‘terbang’ berulang

SEPANG, 7 NOV: KDEB Waste Management (KDEBWM) akan memantau lebih kerap tatacara operasi piawai (SOP) syarikat subkontraktor ketika menjalankan tugas bagi mengelakkan insiden kanvas ‘terbang’ berulang.

EXCO Kerajaan Tempatan yang juga pengerusi agensi berkenaan berkata syarikat sudah menggariskan beberapa kaedah dan akan melihat sama ada ia dipatuhi atau sebaliknya.

“Ini supaya pekerja sentiasa mematuhi peraturan sedia ada. Sekarang KDEBWM sedang menyiasat lebih terperinci kejadian itu sebelum membuat sebarang tindakan.

EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han

“Saya ingin memohon maaf kepada keluarga penunggang motosikal itu. KDEBWM akan cuba membantu keluarga mangsa,” kata Ng Sze Han.

Beliau ditemui pada program Jom Kembali Ke Sekolah anjuran Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Majlis Perbandaran Sepang Zon Kota Warisan hari ini.

Pada Khamis, Pengarah Urusan KDEBWM Ramli Mohd Tahir berkata tindakan tegas termasuk penamatan kontrak bakal dikenakan terhadap syarikat subkontraktor terbabit insiden itu yang menyebabkan kemalangan di Lebuhraya Damansara-Puchong, Rabu lalu.

Jelasnya syarikat menitik berat berkaitan isu pematuhan operasi dan menghargai komitmen orang ramai mengenai perkhidmatan pengurusan sisa pepejal di Selangor.


Pengarang :