Status yang dimuat naik Muhammad Safwan di Facebook pada 21 November 2021.
AGENDANASIONAL

Pemandu bas ekspres tidak henti solat subuh kena tindakan

SHAH ALAM, 23 NOV: Syarikat Bas, Sani Ekspress Sdn Bhd mengambil tindakan terhadap pemandu bas yang didakwa tidak berhenti solat Subuh serta meninggalkan penumpang dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur ke Jertih, Terengganu pada Sabtu lalu.

Sani Ekspress menerusi satu kenyataan memaklumkan, pemandu tersebut tidak lagi diberi tugas sebagai pemandu bas buat masa ini dan siasatan dalaman akan dilakukan dalam tempoh terdekat, lapor portal Sinar Harian.

Jelas kenyataan tersebut, pemandu berkenaan akan dikenakan tindakan disiplin seperti amaran, kaunseling, latihan semula atau tindakan lanjut mengikut prosedur syarikat.”Berhenti rehat dan solat adalah prosedur wajib bagi semua pemandu Sani Express semasa dalam perjalanan. Solat lima waktu adalah perkara wajib yang harus ditunaikan oleh umat Islam.

“Pihak syarikat berasa kesal atas apa yang berlaku dan memandang serius berhubung insiden itu. Kami juga ingin memohon maaf atas insiden yang berlaku dan berjanji akan berusaha supaya perkara ini tidak berulang,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Pada Ahad tular di media sosial seorang pengguna akaun Facebook, Muhammad Safwan memuat naik status menceritakan kejadian dialami sepanjang perjalanan menaiki bas tersebut.

Katanya, pemandu bas berkenaan tidak memberikan sebarang reaksi apabila ditanya lokasi bas berhenti untuk menunaikan solat Subuh.

“Letih arini (hari ini) naik Sani Express trip (perjalanan) MKB58. Dah la driver (pemandu) tak berhenti solat Subuh. Bila tanya nak berhenti kat mana, dia wat (buat) senyap. Buat muka ‘keras’, buat tak tahu.


Pengarang :