TUDM mengesahkan kemalangan sebuah pesawat Hawk pada 10.07 malam Selasa di Pangkalan Udara, Butterworth. Foto ihsan orang ramai yang dikongsikan di Twitter Bernama
AGENDANASIONAL

Pesawat pejuang TUDM terlibat kemalangan di Butterworth

GEORGE TOWN, 17 NOV: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) malam ini mengesahkan sebuah pesawat pejuang Hawk miliknya terlibat dalam kemalangan di Pangkalan Udara Butterworth.

Kenyataan Markas Tentera Udara memaklumkan TUDM mengesahkan insiden itu berlaku pada 10.07 malam di kawasan landasan Pangkalan Udara Butterworth.

“Pihak TUDM sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan semasa berhubung insiden ini,” menurut kenyataan itu.

TUDM turut memohon semua pihak agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau berita yang tidak sahih.

-BERNAMA


Pengarang :