Selangorkini
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari beramah mesra bersama penduduk selepas program bersama Masyarakat Orang Asli di Dewan Pejabat JKOA Gombak pada 17 Oktober 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

RM1.5 juta tingkat keselesaan Orang Asli

SHAH ALAM, 26 NOV: Sejumlah RM1.5 juta diperuntuk untuk meningkatkan keselesaaan masyarakat Orang Asli di Selangor selain memastikan mereka lebih berdaya saing.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata dana berkenaan memfokus kepada program membina, baik pulih dan naik taraf kedaifan kediaman di perkampungan mereka.

“Kemudahan-kemudahan prasarana sedia ada juga akan dinaik taraf sekali gus menaikkan sosioekonomi dan mengekalkan budaya masyarakat Orang Asal yang telah sekian lama diamalkan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan #Selangor 2022 pada sidang Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.

Selain itu, Kerajaan Negeri turut memperkenal Dana Bantuan Guaman Selangor sebanyak RM1 juta dengan kerjasama daripada Selangor Bar Council dan Selangor Legal Aid Centre.

Amirudin berkata inisiatif baharu itu membantu golongan kurang berkemampuan yang ditindas dan teraniaya mendapatkan bantuan guaman.

“Antara isu dibantu dari aspek guaman adalah keganasan domestik dan kehilangan pekerjaan kepada rakyat Selangor dalam kategori golongan berpendapatan rendah (B40) yang kurang berkemampuan,” katanya.


Pengarang :