Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan cek cura bernilai RM5, 000 kepada wakil pelajar Universiti Putra Malaysia ketika program Dialog Dato’ Menteri Besar bersama pimpinan mahasiswa Selangor di Hotel Wyndham Acmar, Klang pada 29 November 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

RM85,000 disumbang kepada 17 institusi awam, swasta

KLANG, 30 NOV: Selangor memperuntukkan sejumlah RM85,000 kepada 17 institusi pengajian tinggi awam dan swasta negeri ini bagi menganjurkan program pasca pandemik Covid-19.

Dato’ Menteri Besar berkata setiap institusi menerima RM5,000 sebagai tanda sokongan dan bantuan kepada mereka selaras tema Belanjawan Selangor 2022 Kita Selangor: Negeri Tahan Uji Mengangkat Martabat Insan.

“Kerajaan Negeri sebagai kerajaan prihatin sentiasa menitikberatkan pembangunan rakyat termasuk warga emas, orang kelainan upaya waima golongan mahasiswa sekali pun.

“Saya berharap dengan sumbangan ini sedikit sebanyak membantu pihak terbabit dalam menganjurkan pelbagai program,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Dialog Dato’ Menteri Besar Bersama Pimpinan Mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi Negeri Selangor dekat Hotel Wyndham Acmar di sini malam tadi.

Program dialog yang berlangsung hampir satu jam itu bertujuan mewujudkan jaringan kerjasama antara Kerajaan Negeri dengan pimpinan mahasiswa seluruh Selangor.

Program itu juga merupakan usaha Kerajaan Negeri bagi memberi pendedahan kepada golongan tersebut dalam aspek kepimpinan dan jaringan komuniti termasuk sumbangan mereka ke arah pembangunan negeri pintar menjelang 2025.

Terdahulu, institusi yang menerima sumbangan adalah Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan Universiti Teknologi MARA.

Selain itu, Universiti Selangor, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC), German Management Institute, Universiti Kuala Lumpur dan Multimedia Universiti juga menerima sumbangan.

Turut menerima sumbangan ialah Management and Science University, Universiti Tenaga Nasional Universiti Antarabangsa Unitar, Universiti Limkokwing dan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.


Pengarang :