Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari ketika pembentangan Belanjawan #Selangor2022 di Dewan Negeri Selangor pada 26 November 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Sasar pasang 10,000 pengecas kereta elektrik menjelang 2025

SHAH ALAM, 26 NOV: Kerajaan Selangor menyasarkan pemasangan 10,000 pengecas kenderaan elektronik (EV) menjelang 2025 dengan 1,000 pengecas pertama akan diwujudkan pada 2022.

Usaha berkenaan melibatkan nilai pelaburan sebanyak RM10 juta dan akan menjadikan Selangor sebagai negeri peneraju dalam penggunaan EV.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Kerajaan Negeri bercadang menyediakan insentif kepada perniagaan dan industri yang melabur dalam infrastruktur EV termasuk pengurangan fi lesen dan cukai taksiran.

Katanya, pengguna EV juga akan diberi keistimewaan letak kereta percuma di bawah pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) pada 2022.

“Kerajaan juga sedang meneliti kebolehlaksanaan penggantian kenderaan milik agensi Kerajaan Negeri serta anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) daripada kenderaan diesel atau petrol kepada EV secara berperingkat,” katanya ketika membentangkan Belanjawan #Selangor 2022 pada sidang Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.


Pengarang :