EXCO Pelaburan Perdagangan dan Perindustrian, Dato’ Teng Chang Khim berucap pada pembukaan Persidangan Perniagaan Asean Selangor (SABC) 2021 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 19 November 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Selangor beri tawaran terbaik kepada pelabur tembusi pasaran luar, Asean

Oleh Nasuha Badrul Huzaini

KUALA LUMPUR, 19 NOV: Selangor akan terus memberi tawaran terbaik kepada pelabur untuk menembusi pasaran luar Malaysia dan ke Asean.

EXCO Pelaburan Perdagangan dan Perindustrian berkata negeri itu sentiasa bersedia untuk menyokong perdagangan rentas sempadan dan kerjasama ekonomi.

“Itulah sebabnya Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) dan Persidangan Perniagaan Asean Selangor (SABC) sangat penting.

“Visi kami adalah untuk membuka laluan dan peluang baharu kepada semua orang dengan niat yang jelas untuk membantu rantau Asean,” kata Dato’ Teng Chang Khim.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pelancaran SABC 2021 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Tambah Chang Khim, sebagai rakan pengasas utama Asean, Malaysia amat komited untuk merealisasikan visi itu.

“Sebagai negeri paling maju dari segi ekonomi di negara ini, Selangor akan terus melibatkan diri dan bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan, berpegang teguh kepada falsafah ‘kemakmuran bersama’.” katanya.

SABC 2021 bermula hari ini dengan tema “Melestarikan Pertumbuhan dalam Asean melalui Inovasi”.

Persidangan edisi ke-5 tahun ini diadakan menerusi siri webinar serta format secara hibrid.


Pengarang :