Sekumpulan pengunjung dibantu petugas menjelajah sekitar kawasan Selangor Fruit Valley pada 23 September 2018. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Selangor Fruit Valley terima lebih 600 pengunjung ketika Deepavali

SHAH ALAM, 6 NOV: Selangor Fruit Valley (SFV) menerima 636 pengunjung sempena cuti umum sambutan Deepavali.

Pengurus pemasarannya Nor Rashidah Mohamed Raihan berkata sambutan yang diterima itu amat menggalakkan malah semua pengunjung mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) ditetapkan.

“Mereka tidak perlu bimbang dengan kesesakan yang melampau seperti di tempat-tempat pelancongan lain kerana ada kawalan SOP di sini,” katanya kepada SelangorKini.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan pengunjung untuk menyertai pertandingan gambar menarik di Facebook yang telah bermula sejak 1 November lalu sehingga 30 November ini.

Pertandingan hanya memerlukan peserta membeli tiket dan melawat SFV selain perlu memberi tanda suka Facebook dan Instagram SFV.

Dalam hantaran itu, ceritakan pengalaman lawatan ke SFV dan sertakan gambar menarik dan jangan lupa tag laman Facebook ‘Selangor Fruits Valley’ dan tulis tanda pagar #welovesfv #selangorfruitvalley.

SFV dibuka secara rasmi pada 15 September sebelum ditutup sementara operasi bermula 25 September sehingga 1 Oktober lalu bagi memberi laluan kerja berkaitan.

Harga tiket yang ditawarkan adalah RM15 bagi dewasa, RM10 untuk kanak-kanak dan warga emas manakala tiket dewasa warga asing berharga RM30 dan kanak-kanak RM25.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi talian 016-6880792 selain e-mel [email protected] atau [email protected].


Pengarang :