Borhan Aman Shah (kanan) menyampaikan sumbangan cek kepada wakil nelayan bagi baik pulih bumbung pengkalan jeti di Kampung Batu Laut pada 21 November 2021. Foto Facebook Borhan Aman Shah
ADNSELANGOR

Sumbang RM20,000 bantu persatuan nelayan baiki kemudahan jeti

SHAH ALAM, 24 NOV: Ahli Dewan Negeri Tanjung Sepat menyumbangkan kira-kira RM20,000 kepada Persatuan Nelayan Kampung Batu Laut bagi melaksanakan kerja pembaikan beberapa infrastruktur jeti kawasan tersebut.

Borhan Aman Shah berkata antara infrastruktur yang dinaik taraf termasuk membaik pulih surau dan bumbung pengkalan jeti.

“Bantuan diberikan melibatkan beberapa siri sumbangan sejak awal tahun ini dengan terbaharu sejumlah RM2,500 untuk baik pulih bumbung bocor dan rosak teruk kesan ribut.

“Sumbangan ini juga adalah sebahagian daripada usaha memberi keselesaan dan kemudahan kepada  nelayan,” katanya kepada SelangorKini.

Borhan berkata pihaknya berharap nelayan dapat menggunakan bantuan yang diberikan dengan sebaiknya.

“Selain untuk keselesaan, baik pulih infrastruktur ini juga diharap dapat menarik pengunjung untuk datang ke pengkalan jeti terbabit,” katanya.


Pengarang :