Wakil Air Selangor menyerahkan sumbangan kepada Pertubuhan Kebajikan Agathian Malaysia sempena sambutan Deepavali. Foto Air Selangor
AGENSISELANGOR

Sumbangan Air Selangor ceriakan kanak-kanak, warga emas sambut Deepavali

SHAH ALAM, 2 NOV: Inisiatif Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyumbang barangan keperluan asas menambah kegembiraan 166 kanak-kanak dan warga emas dari tiga rumah kebajikan menjelang sambutan Deepavali.

Sumbangan di bawah program Sesama Mara itu diberikan kepada Pertubuhan Kebajikan Agathian Malaysia, Sai Pandian Orphanage Children Home dan Pertubuhan Kebajikan Yesuvin Mahligai Selangor.

Selain barangan asas, keperluan sekolah dan bantuan pembaikan paip air rosak di dua rumah kebajikan turut diberikan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Suhaimi Kamaralzaman berkata Air Selangor akan terus membantu individu memerlukan yang terkesan pandemik Covid-19 melalui program Sesama Mara.

“Ini juga antara usaha kami memberikan kegembiraan kepada mereka yang kurang bernasib baik untuk menyambut perayaan Deepavali pada 4 November ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Air Selangor turut menghulurkan 200 bantuan ‘Box of Hope’ mengandungi barangan seperti tepung, beras, susu dan minyak kepada keluarga berpendapatan rendah (B40) sekitar Sungai Pelek, Jeram, Kuala Selangor dan Kapar pada hujung minggu lalu.

Mereka yang ingin menyumbang menerusi inisiatif berkenaan boleh menyerahkannya di lima cawangan Village Grocer di Tamarind Square Cyberjaya, MyTown Cheras, 1 Mont Kiara, I-City Mall Shah Alam dan Melawati Mall.

Orang ramai juga boleh menyumbang melalui akaun bernombor 80-0798511-8 (CIMB Bank Berhad) dengan catatan Bantuan Inisiatif ‘Box of Hope’.


Pengarang :