Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) Zon 20 Hanafi Jalaluddin meninjau aktiviti derma darah sempena Program Semenyih Sihat pada 21 November 2021. Foto IHSAN TEAM SELANGOR
AGENSISELANGOR

Team Selangor anjur Semenyih Sihat, berjaya kumpul 86 beg darah

SHAH ALAM, 23 NOV: Program Semenyih Sihat yang dianjurkan Team Selangor berjaya mengumpul 86 beg darah, kata ketua sekretariatnya.

Syahaizel Keman berkata darah didermakan 110 individu itu mampu menyelamatkan pesakit yang memerlukan bekalan.

“Memang tujuan kita anjurkan program ini untuk membantu Pusat Darah Negara mendapatkan darah seterusnya agih kepada hospital.

“Kita cuba meneruskan program ini pada masa akan datang memandangkan manfaatnya besar kepada masyarakat,” katanya kepada SelangorKini.

Syahaizel berkata program berkenaan dijalankan bersama Ahli Majlis MPKj Zon 20 Pejabat Kesihatan Hulu Langat, Pusat Darah Negara, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Bidadari, Agensi Dadah Kebangsaan dan Persatuan Semarak.

“Selain aktiviti derma darah, kita turut adakan pemeran kesihatan bagi mendidik penduduk selain senaman aerobik sebagai pembuka program,” katanya.

 


Pengarang :