DYMM Tengku Permaisuri Norashikin menyampaikan cek cura Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia berjumlah RM3.74 juta kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Dr Faizal Mat Ariffin di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pada 9 Nov 2021. Foto Facebook Selangor Royal Office
AGENSISELANGOR

Tengku Permaisuri berkenan hadir majlis serahan sumbangan LZS

SHAH ALAM, 9 NOV: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri berkenan berangkat ke majlis serahan sumbangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam hari ini.

Tengku Permaisuri Norashikin menyampaikan cek cura melalui Tabung Kebajikan Pesakit Hospital (TKPH) pada majlis simbolik penyerahan sumbangan tersebut.

“Baginda menyerahkan cek cura Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia berjumlah RM3.74 juta itu kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Selangor Dr Faizal Mat Ariffin,” tulis Selangor Royal Office di Facebook.

Katanya, majlis tersebut turut dihadiri Pengerusi LZS Tan Sri Syed Anwar Jamalullail dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Saifulyazan M Yusop.


Pengarang :