Dr G Gunaraj bercakap kepada media ketika majlis rumah terbuka ADN Sentosa sempena Deepavali di Bandar Country Homes, Rawang pada 4 November 2021. HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Wakil rakyat Sentosa cadang anjur rumah terbuka pandu lalu

RAWANG, 4 NOV: Ahli Dewan Negeri (ADN) Sentosa bercadang meraikan sambutan Deepavali dengan menganjurkan rumah terbuka secara pandu lalu dalam masa terdekat.

Dr G Gunaraj berkata pihaknya mengambil inisiatif itu bagi meraikan penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN)nya susulan tidak dapat berkumpul secara beramai-ramai.

“Biarpun sudah beralih ke fasa empat, kita perlu berjaga-jaga dan mematuhi tatacara operasi piawai (SOP).

“Untuk rumah terbuka secara pandu lalu, saya jangka menyediakan 1,000 bungkusan makanan kepada penduduk,” katanya ditemui sempena Majlis Rumah Terbuka Deepavali di sini hari ini.

Terdahulu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ditemani isteri Datin Seri Masdiana Muhammad tiba kira-kira jam 11 pagi ke kediamannya dan meluangkan masa hampir satu jam beramah mesra bersama tetamu serta menikmati juadah seperti nasi beriyani dan tosai.

Turut hadir Setiausaha Politik Dato’ Menteri Besar Juwairiya Zulkifli, ADN Rawang Chua Wei Kiat dan Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen.


Pengarang :