ADN Sungai Ramal Mazwan Johar (kiri) dan Ahli Pekawanis DUN Sungai Ramal Sharifah Fadzliah (dua, kiri) menyampaikan sumbangan kepada penerima di DUN berkenaan. Foto Facebook PEKAWANIS
ADNSELANGOR

Wakil rakyat Sungai Ramal, Pekawanis bantu 20 pesakit kronik

SHAH ALAM, 8 NOV: Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Ramal bersama Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) melawat 20 pesakit kronik menerusi program Ziarah Medik pada akhir Oktober lalu.

Mazwan Johar berkata semua pesakit di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu menerima bantuan wang tunai RM250 bagi membeli ubat dan keperluan diri.

“Pesakit yang dibantu ini biasanya menghidap penyakit kronik seperti jantung, buah pinggang, kencing manis, kanser dan terlantar sakit.

“Selain bantuan daripada Pekawanis, pejabat DUN juga menyumbang bakul makanan dan kit saringan kendiri,” katanya kepada SelangorKini.

Tambah Mazwan, pihaknya bersama Pekawanis akan melawat 10 lagi pesakit dalam masa terdekat untuk diagihkan bantuan sekali gus meringankan beban.

Pekawanis memperuntukan sejumlah RM220,000 bagi membantu pesakit kronik di 44 DUN pada tahun ini di bawah program Ziarah Medik Pekawanis.

Yang Dipertuanya Datin Seri Masdiana Muhammad berkata inisiatif itu bertujuan meringankan beban pesakit untuk membeli ubat-ubatan iaitu setiap pesakit diberi RM250 untuk membeli ubat dan barangan keperluan harian.


Pengarang :