Ir Izham Hashim (kiri) menyerahkan wang tunai kepada salah seorang penduduk sekitar Pandan Indah dan Pandan Jaya sempena sambutan Deepavali pada 1 November 2021. Foto Facebook Izham Hashim
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Warga emas, OKU Pandan Indah dapat barang dapur sempena Deepavali

SHAH ALAM, 1 NOV: Seramai 150 penduduk sekitar Pandan Jaya dan Pandan Indah menerima bantuan bakul makanan dan wang tunai sempena sambutan Deepavali Khamis ini.

Sumbangan yang diagihkan semalam mengandungi makanan asas seperti beras, tepung dan gula bernilai RM100 setiap satu, maklum wakil rakyatnya Ir Izham Hashim.

“Penerima meliputi keluarga berpendapatan rendah, warga emas dan orang kelainan upaya (OKU).

“Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban terutama bagi masyarakat India yang akan menyambut perayaan Deepavali tidak lama lagi,” katanya menerusi Facebook.

Lebih 8,000 penduduk sekitar Pandan Indah yang terkesan akibat Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan dibantu menerusi agihan bakul makanan sejak Disember tahun lalu.

Ir Izham berkata sebanyak 1,000 bakul makanan diedar setiap bulan oleh pusat khidmatnya dengan peruntukan RM50 setiap satu.

Turut diagihkan ialah 500 tablet dan 200 komputer riba bagi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).


Pengarang :