Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang membantu memindahkan mangsa banjir sekitar Telok Gong pada 17 Disember 2021. Foto ihsan BBP Pelabuhan Klang
AGENSISELANGOR

113 mangsa banjir ditempatkan di tiga pusat pemindahan

SHAH ALAM, 17 DIS: Seramai 113 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) susulan kejadian banjir di sekitar Jenjarom, Teluk Panglima Garang dan Pelabuhan Klang petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata tiga PPS dibuka iaitu di Sekolah Rendah Agama (SRA) Kampung Delek, SRA Pulau Indah dan Sekolah Kebangsaan Telok Gong.

“Rumah mereka dinaiki air setinggi satu meter akibat hujan berterusan. Kampung Nelayan Telok Gong mencatatkan jumlah mangsa seramai 106 orang.

“Pihak bomba juga memindahkan dua keluarga termasuk empat kanak-kanak di Jalan Nangka, Banting dan Taman Dato’ Hormat, Telok Panglima Garang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata piihak bomba memantau keadaan dari semasa ke semasa sekiranya ada mangsa banjir terperangkap.


Pengarang :