Dato’ Menteri Besar Dato Seri Amirudin Shari menyantuni mangsa banjir ditempatkan di pusat penempatan sementara di Sekolah Kebangsaan Johan Setia, Klang pada 19 Disember 2021. Foto RADIN WAZIR
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

14,716 mangsa banjir diselamat, ditempatkan ke 103 pusat pemindahan

SHAH ALAM, 19 DIS: Seramai 14,716 mangsa banjir diselamatkan sebelum ditempatkan ke 103 pusat pemindahan sementara di Klang, Petaling, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Hulu Langat setakat jam 12 tengah hari.

Menurut Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor, sejumlah 10,216 melibatkan penduduk Klang, Petaling (2,853 orang), Kuala Langat (821), Sepang (451), Kuala Selangor (130) dan Hulu Langat (245).

Mereka ditempatkan ke 43 PPS dibuka di Klang, Kuala Langat (15), Petaling (14), Sepang dan Hulu Langat masing-masing 11 manakala Kuala Selangor (sembilan).

Setakat jam 8 pagi tadi, seramai 6,242 mangsa banjir ditempatkan ke 80 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini, menurut Pejabat Menteri Besar Selangor.

 


Pengarang :